Thursday 15 April 2010

Ayah Sayangnya Sudah Tiada

Ku ragukan masa hadapanku
Kata ayah bumi ini bertuah
Tekun usaha membawa jaya
Tapi jangan lupa ibumu

Aku sedar ayah tidak pernah meminta
Walau apa untuknya
Ingin aku menjaganya pula
Ayah sayangnya sudah tiada

Wednesday 3 June 2009

Benarkah Astronomi Ilmu Karut?



Baru-baru ini saya sempat untuk mengikuti satu kuliah Maghrib di sebuah surau di Shah Alam. Walaupun agak terlewat saya sempat menangkap beberapa point yang dikemukakan oleh penceramah. Beliau antara lain menyebut tentang hukum menggunakan hisab dalam menentukan permulaan dan pengakhiran waktu puasa Ramadhan. Jelas sekali pendirian beliau menolak penggunaan kaedah hisab yang disifatkan beliau sebagai tidak tepat dan tidak boleh diyakini. Malah kelihatan beliau bersifat sinis terhadap ilmu Astronomi seolah-olah ilmu ini tidak wajar dituntut oleh kita.

Mungkin beliau terkeliru antara ilmu Astronomi (Ilm al-Falak) dan Astrologi (Ilm al-Tanjim). Kedua-dua ilmu ini walaupun mempunyai subject matter yang hampir sama, iaitu mengkaji tentang jasad-jasad lelangit seperti planet, bintang, bulan dan lain-lain, tetapi tujuan dan natijah ilmunya sangat berbeza. Diyakini beliau merujuk kepada sebuah hadith Sahih riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah:

من اقتبس علمًا من النجوم فقد اقتبس شعبة من السحر

Bermaskud: Sesiapa mengambil sesuatu ilmu daripada ilmu kaji bintang, maka sesungguhnya dia mengambil satu cabang dari ilmu sihir.

Hadith ini merujuk kepada Astrologi yang sememangnya bersifat seperti sihir, sedangkan Astronomi tidak seperti itu. Astronomi bukanlah satu ilmu ramalan serta dikaitkan dengan doktrin mikrokosmik dan makrokosmik seperti zaman Yunani. Sebaliknya Astronomi itu sendiri adalah sebahagian daripada ilmu ru'yah, yang tidak sekadar menggunakan 'naked eyes' seperti zaman silam tetapi ilmu pengiraan dan penerokaan melihat angkasa yang begitu tepat dan benar. Oleh kerana itu, Astronomi adalah terpuji menepati sifat-sifat Ulul Albab yang sentiasa berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

Wallahu a'lam

Friday 10 October 2008

Saya Telah Memilikinya


Saya telahpun membeli dua teleskop melalui Ebay dan juga di Carboot Sales. Harganya tidak begitu mahal kerana hanyalah Teleskop untuk golongan amatur. Anyway they will encourage me to make more explorations, InshaAllah.

Monday 1 September 2008

Sesiapa Yang Menyaksikannya...

Firman ALlah swt yang bermaksud:

... maka barangsiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan anak bulan, maka hendaklah berpuasa... (al-Baqarah:185)

Hari ini umat Islam mula berpuasa. Mengambil semangat dari suruhan ALlah swt supaya melakukan ru'yah, aku mula meneroka alam semesta. Rezeki yang dianugerah, aku berusaha untuk memiliki dua teleskop untuk bertafakur tentang kebesaranNya. Aku kini ingin berbicara dengan alam semesta...