Wednesday 3 June 2009

Benarkah Astronomi Ilmu Karut?



Baru-baru ini saya sempat untuk mengikuti satu kuliah Maghrib di sebuah surau di Shah Alam. Walaupun agak terlewat saya sempat menangkap beberapa point yang dikemukakan oleh penceramah. Beliau antara lain menyebut tentang hukum menggunakan hisab dalam menentukan permulaan dan pengakhiran waktu puasa Ramadhan. Jelas sekali pendirian beliau menolak penggunaan kaedah hisab yang disifatkan beliau sebagai tidak tepat dan tidak boleh diyakini. Malah kelihatan beliau bersifat sinis terhadap ilmu Astronomi seolah-olah ilmu ini tidak wajar dituntut oleh kita.

Mungkin beliau terkeliru antara ilmu Astronomi (Ilm al-Falak) dan Astrologi (Ilm al-Tanjim). Kedua-dua ilmu ini walaupun mempunyai subject matter yang hampir sama, iaitu mengkaji tentang jasad-jasad lelangit seperti planet, bintang, bulan dan lain-lain, tetapi tujuan dan natijah ilmunya sangat berbeza. Diyakini beliau merujuk kepada sebuah hadith Sahih riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah:

من اقتبس علمًا من النجوم فقد اقتبس شعبة من السحر

Bermaskud: Sesiapa mengambil sesuatu ilmu daripada ilmu kaji bintang, maka sesungguhnya dia mengambil satu cabang dari ilmu sihir.

Hadith ini merujuk kepada Astrologi yang sememangnya bersifat seperti sihir, sedangkan Astronomi tidak seperti itu. Astronomi bukanlah satu ilmu ramalan serta dikaitkan dengan doktrin mikrokosmik dan makrokosmik seperti zaman Yunani. Sebaliknya Astronomi itu sendiri adalah sebahagian daripada ilmu ru'yah, yang tidak sekadar menggunakan 'naked eyes' seperti zaman silam tetapi ilmu pengiraan dan penerokaan melihat angkasa yang begitu tepat dan benar. Oleh kerana itu, Astronomi adalah terpuji menepati sifat-sifat Ulul Albab yang sentiasa berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

Wallahu a'lam

1 comment:

goblok88 said...

Salam Mr Zuhdi...

ingat saya lagi ;-)